Hpower Mining Co., Ltd.
Peralatan Pemprosesan Bahan Galian
  • Laman Utama
  • Produk
    • Mesin Feeder Bergetar
    • Penghancur, Peralatan Penghancuran
    • Penapis, Peralatan Penapisan
    • Peralatan Pemprosesan Pasir
    • Sistem Rawatan Air
  • Penyelesaian
    • Loji penghancuran dan penapisan
    • Loji Pemprosesan Pasir
    • Penyelesaian Rawatan Air Sisa untuk Industri Perlombongan dan Kuari
  • Mengenai Kami
    • Syarikat
    • Sejarah Kami
  • Projek
  • Servis
  • Video
  • Hubungi Kami
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
  • Syarikat

Hpower Mining Co., Ltd. merupakan sebuah syarikat yang menawarkan peralatan set penuh kepada anda untuk aplikasi dalam industri kejuruteraan sisa pembinaan, hidraulik, perlombongan terowong, perlombongan arang batu dan lain-lain. Kami berdedikasi dalam pembangunan, pengeluaran dan penjualan produk perlombongan termasuk stesen penghancuran bergerak, peralatan penghancuran, peralatan penapisan, peralatan penghasilan pasir, peralatan perlindungan alam sekitar, peralatan penghantar dan peralatan feeder.

  • Syarikat

HPOWER mempunyai kilang dengan keluasan lebih daripada 60,000 meter persegi dan telah melakukan pelaburan yang signifikan dalam peralatan pengeluaran produk. Bukan itu sahaja, syarikat kami mengupah lebih daripada 180 pekerja teknikal yang mahir dalam proses pengeluaran untuk menjamin kualiti produk kami. Jentera-jentera di kilang kami berfungsi secara hampir automatik untuk menyingkatkan masa penghasilan dan kualiti produk. Oleh itu, kami berupaya memenuhi keperluan anda dengan pantas dan cekap.

Selain daripada itu, kami mempunyai pasukan penyelidikan dan pembangunan yang terdiri daripada 20 orang untuk memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada anda. Antaranya, 6 jurutera R&D senior yang berpengalaman lebih daripada 7 tahun, 9 jurutera R&D pertengahan yang berpengalaman lebih daripada 5 tahun serta 5 jurutera R&D junior. Dengan pengalaman yang mendalam dan pengetahuan yang makin berkembang, jentera-jentera perlombongan yang kami hasilkan berupaya memenuhi keperluan anda terhadap barisan pengeluaran agregat batu kelikir dan pasir yang efisien dan canggih.

  • Syarikat
  • Syarikat
  • Syarikat

Produk kami telah dieksport ke negara-negara seperti Vietnam, Thailand, Malaysia, Myanmar dan Kenya. Kami telah menerima maklum balas yang sangat positif dari pelanggan kami dari seluruh dunia. Kini, 2000 set peralatan perlombongan dari HPOWER sedang beroperasi di seluruh dunia dalam industri perlombongan dan kuari.

Laman UtamaProdukPenyelesaianMengenai KamiProjekServisVideoHubungi Kami
Supported by ETW International Inc. USA